suria

Makin menurun, 17,672 kes baharu Covid-19 dicatatkan

Sehingga 23 Ogos 2021, keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 1,572,765 kes.

KES harian Covid-19 terus menunjukkan penurunan apabila mencatatkan sejumlah 17,672 kes baharu dalam tempoh 24 jam lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullan dalam satu kenyataan di Facebook berkata, ini menjadikan keseluruhan kes jangkitan meningkat kepada 1,572,765 kes sehingga 23 Ogos 2021.

Katanya, Selangor kekal tertinggi dengan 4,316 kes diikuti Sabah (2,474) dan Kedah (1,602), Sarawak (1,538) dan Pulau Pinang (1,451).

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi had 10km! Individu lengkap divaksin di negeri Fasa 1 boleh naik kenderaan ikut kapasiti penuh

Kelantan mencatatkan 1,176 kes manakala Perak (952), Kuala Lumpur (891), Pahang (506), Negeri Sembilan (478), Terengganu (470) dan Melaka (363).

Perlis dan Putrajaya masing masing mencatatkan dua angka dengan 57 dan 24 kes manakala Labuan merupakan satu-satunya negeri yang mencatatkan satu angka dengan tujuh kes.

Berita lanjut menyusul....

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

covid-19, kes baharu, kkm

Artikel Lain