suria

Azalina letak jawatan Timbalan Speaker, dakwa sumber... Senarai Kabinet baharu bakal diumum

Azalina dikatakan telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

TIMBALAN Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman telah meletakkan jawatannya, kata sumber.

"Azalina telah menghantar surat peletakan jawatannya sebagai Timbalan Speaker kepada Parlimen," kata sumber itu.

Namun, tidak diketahui sama ada peletakan jawatan itu berkuat kuasa serta-merta.

ARTIKEL BERKAITAN: Azalina bakal letak jawatan Timbalan Speaker?

Sejumlah ahli parlimen dari pelbagai parti turut mengesahkan beliau telah meletakkan jawatan.

Cakap-cakap terbaharu mengenai peletakan jawatan Azalina pada Isnin itu, susulan Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sedang mempersiapkan senarai Kabinet baharu.

Azalina merupakan salah seorang ahli Parlimen Umno yang menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) terdahulu di bawah kepimpinan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika itu.

"Ismail mungkin menyenarai pendek beliau untuk jawatan Kabinet," kata sumber lagi.

The Star telah menghubungi Azalina bagi mendapat pengesahan berhubung perkara tersebut, namun belum berhasil. - The Star

Artikel Lain