suria

Ramai menanti, PM sampaikan ucapan sulung petang ini

Ucapan itu disiarkan secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen tempatan.

APA yang bakal disampaikan petang ini?

Mungkin itulah soalan yang muncul dalam kalangan rakyat Malaysia berhubung ucapan sulung Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dijadualkan pada 5.30 petang, Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: “Thank you Ni sentiasa ada di sisi Sabri” - PM pamer sisi romantis, kongsi nukilan khas buat suri hati

Bagi yang tertunggu-tunggu dan mahu menonton, ucapan itu disiarkan secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen tempatan.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Sabtu.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara pada jam 2.30 petang.

Pelantikan Naib Presiden Umno itu dibuat bagi menggantikan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan pada 16 Ogos lalu.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menerajui negara sejak 1 Mac tahun lalu berbuat demikian susulan dirinya telah hilang sokongan majoriti apabila 15 ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan terhadap beliau. - Sinar Harian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain