suria

Angka harian Covid-19: 19,807 kes baharu direkodkan hari ini

SELEPAS memecah rekod selama tiga hari berturut-turut, kes harian Covid-19 akhirnya menunjukkan pola penurunan dengan 19,807 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas. — BERNAMA.

SELEPAS memecah rekod selama tiga hari berturut-turut, kes harian Covid-19 akhirnya menunjukkan pola penurunan dengan 19,807 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan, ini menjadikan keseluruhan kes jangkitan meningkat kepada 1,555,093 kes.

KKM berkata, Selangor kekal tertinggi dengan 5,379 kes diikuti Sabah (2,638) dan Kedah (1,948).

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi had 10km! Individu lengkap divaksin di negeri Fasa 1 boleh naik kenderaan ikut kapasiti penuh

Manakala Sarawak keempat tertinggi dengan catatan 1,772 kes, diikuti Pulau Pinang dengan 1,501 kes.

Johor mencatat 1,391 kes baru manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan penurunan mendadak dengan 999 kes baharu berbanding 1,200 kes semalam.

Malaysia sebelum ini mencatatkan peningkatan kes baharu tertinggi selama tiga hari berturut-turut iaitu 22,242 kes pada Rabu, 22,948 kes (Khamis) dan 23,564 kes (Jumaat).

KKM berkata, 232 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 14,168 kes.

Sehingga hari ini, 18,200 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 1,278,670 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 1,026 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 496 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

covid-19, KKM, kes baharu

Artikel Lain