suria

Inisiatif #KitaBersama dilancarkan, bantu golongan rentan Covid-19

BEBERAPA syarikat pengguna terkemuka melancarkan inisiatif #KitaBersama yang bertujuan menyalurkan bantuan kepada rakyat yang kian terjejas dalam meneruskan kehidupan seharian akibat situasi pandemik Covid-19.

BEBERAPA syarikat pengguna terkemuka melancarkan inisiatif #KitaBersama yang bertujuan menyalurkan bantuan kepada rakyat yang kian terjejas dalam meneruskan kehidupan seharian akibat situasi pandemik Covid-19.

Inisiatif berkenaan merupakan gabungan antara syarikat Baba Products (M) Sdn. Bhd.; Mamee Double Decker (M) Sdn. Bhd.; Sime Darby Oils dan Kumpulan Syarikat Etika bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Food Aid Foundation (FAF).

Pengurus Komunikasi dan Pemasaran Pengguna Baba Products (M) Sdn. Bhd., Farhan Hafetz berkata, inisiatif tersebut dijalankan bagi menggalakkan syarikat-syarikat barangan pengguna menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

"Kebanyakan syarikat sudah membuat aktiviti amal secara bersendirian tetapi lebih baik jika dibuat bersama-sama. Apabila kita semua bekerjasama, lebih ramai yang dapat dibantu secara berterusan," ujar beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Gigih belajar walau pandemik, ‘pelajar rajin’ dapat ganjaran daripada 3 guru... tapi ada sekali kena ‘scam’! - “Mulanya order nasi goreng ayam je sebab murah”

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Bapa B40’ buka cerita tak habis sekolah... akui kerap termenung, menangis di tempat kerja kenangkan nasib anak-anak – “Tak mahu mereka jadi seperti saya”

Sebagai permulaan inisiatif terbabit, penghantaran pertama produk Baba'S, Mamee, Alif dan susu Goodday berjumlah melebihi RM90,000 telah dibuat pagi tadi.

Dalam pada itu, ujar FAF, edaran makanan dan minuman akan segera dilakukan kepada mereka yang memerlukan terutamanya penduduk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sekitar Lembah Klang.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama diperkenalkan pada Mac tahun lalu, FAF telah mengedarkan lebih daripada dua juta kilogram makanan kepada mereka yang memerlukan.

Bagaimanapun, sejak PKP 3.0, peningkatan permintaan naik secara mendadak, khususnya daripada komuniti kategori B40.

"Kami tidak mampu untuk memenuhi keperluan masyarakat sepenuhnya. Oleh itu, kami mengalu-alukan sumbangan terutamanya daripada syarikat pengeluar makanan agar kami dapat meningkatkan jumlah bantuan," menurut pengasas FAF, Rick Chee.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu, Penolong Pengarah Hal Ehwal Islam dan Pengurusan Kerajaan Mamee Double Decker (M) Sdn. Bhd., Ahmad Syukry Ibrahim berkata, pihaknya mengalu-alukan inisiatif seperti ini dan menyatakan bahawa gabungan bersama ini merupakan lanjutan daripada program Mamee Prihatin yang ditubuhkan sejak 2011.

Selain itu, Pengurus Kanan Bahagian Jualan Pengguna Sime Darby Oils, Mohamad Rahimi Abdullah juga berharap agar inisiatif ini akan menjadi inspirasi kepada syarikat-syarikat lain untuk turut serta menghulurkan bantuan terutamanya dalam keadaan sekarang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Etika Malaysia, Singapura dan Brunei, Khalid Alvi, menyertai inisiatif berkumpulan seperti ini adalah salah satu cara untuk pihaknya meluaskan lagi peluang membuat kebajikan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

bantuan, B40, Covid-19

Artikel Lain