suria

Covid-19: Angka kes harian terus melebihi 21,000 kes, 227 kematian direkodkan hari ini

KES harian Covid-19 tidak menunjukkan sebarang penurunan ketara hari ini.

JUMLAH kes harian baharu Covid-19 terus berada di atas paras 21,000 apabila merekodkan 21,468 kes hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 1,363,683 kes setakat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Berita baik! Golongan remaja boleh divaksin tak lama lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Golongan kayangan lebih mudah terpedaya dengan mitos vaksin

Semalam, sebanyak 21,668 kes baharu direkodkan sementara 20,780 kes dilaporkan pada Rabu.

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 7,449 kes diikuti Kuala Lumpur (2,183), Kedah (1,807) dan Sabah (1,654).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 227 kes kematian baharu direkodkan hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 11,968 kes.

Jumlah pesakit sembuh pula adalah seramai 17,025 orang manakala 1,075 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan 537 memerlukan alat bantuan pernafasan

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

covid-19

Artikel Lain