suria

Kanak-kanak berisiko tinggi perlu disuntik vaksin Pfizer-BioNTech

Dr Noor Hisham Abdullah berkata, remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang mengalami masalah kesihatan tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi. — BERNAMA.

JAWATANKUASA Bersama Vaksinasi dan Imunisasi (JCVI) menasihatkan kanak-kanak yang berisiko tinggi mendapat jangkitan Covid-19 supaya diberikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech.

Berkongsi laporan berkenaan di Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, remaja berusia 12 hingga 15 yang mengalami kecacatan saraf, sindrom down, imunosupresi dan masalah pembelajaran merupakan golongan berisiko tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Angka kes harian terus melebihi 21,000 kes

ARTIKEL BERKAITAN: Berita baik! Golongan remaja boleh divaksin tak lama lagi

JCVI turut mengesyorkan agar kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang tinggal bersama golongan berisiko tinggi serta mengalami imunosupresi juga harus diberikan vaksin segera.

Menurut Dr Noor Hisham, langkah itu bagi melindungi kontak golongan berkenaan kerana mereka yang mengalami imunosupresi berkemungkinan tidak akan memberikan tindak balas sepenuhnya terhadap vaksinasi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Berdasarkan panduan diberikan, remaja berusia 16 hingga 17 tahun yang mengalami masalah kesihatan sehingga menyebabkan mereka berisiko tinggi dijangkiti Covid-19, sewajarnya sudah diberikan vaksinasi.

JCVI bagaimanapun tidak menyarankan vaksinasi rutin kepada kanak-kanak yang tidak tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi, berdasarkan bukti sedia ada.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, kanak-kanak, Pfizer

Artikel Lain