suria

Petugas kesihatan masih boleh dijangkiti Covid-19 selepas lengkap vaksin penuh

Petugas kesihatan masih boleh dijangkiti Covid-19 walaupun mendapat suntikan vaksin penuh.— BERNAMA.

PETUGAS barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih boleh dijangkiti Covid-19 meskipun setelah mendapat suntikan penuh vaksin lengkap dua dos.

Namun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, kadar jangkitan wabak itu adalah rendah, yang mana petugas KKM yang dijangkiti setakat ini hanyalah sebanyak 2.94 peratus atau 7,318 orang.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 32.1 peratus atau 2,353 kes adalah berkategori 1 iaitu tidak mempunyai sebarang gejala.

“Seramai 67,6 peratus atau 4,948 kes mempunyai kategori 2 iaitu bergejala ringan manakala 0.14 peratus atau 10 kes berkategori 3 iaitu mempunyai gejala radang paru-paru,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak berisiko tinggi perlu disuntik vaksin Pfizer-BioNTech

Dr Noor Hisham berkata, seramai empat orang atau 0.05 peratus kes membabitkan petugas KKM yang bergejala tahap empat memerlukan bantuan oksigen.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Katanya, seramai tiga orang atau 0.04 peratus petugas KKM dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dua daripadanya meninggal dunia manakala seorang daripadanya masih memerlukan bantuan alat pernafasan penuh.

“Petugas KKM masih boleh dijangkiti (Covid-19) tetapi keparahannya kurang berbanding mereka yang tidak diberi vaksin selain angka kematian amat rendah iaitu 0.04 peratus.

“KKM gesa seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk tampil ke hadapan bagi mendapatkan vaksin," kata Noor Hisham.

Menurutnya, seramai 248, 874 individu petugas kesihatan telah diberi vaksin ketika Fasa 1 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Covid-19, Dr Noor Hisham, KKM

Artikel Lain