suria

Mesyuarat Khas Parlimen ditangguh sehingga 5.15 petang selepas 2 lagi kes Covid-19 dikesan

Dua lagi kes positif Covid-19 dikesan di Parlimen. Foto: MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star.

MESYUARAT Khas Parlimen Penggal ke-14 pada Khamis sekali lagi ditangguh sehingga pukul 5.15 petang.

Ia susulan terdapat dua lagi kes positif Covid-19 dikesan di Parlimen.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Malaysia catat 17,170 jangkitan baharu

Penangguhan dibuat bagi membolehkan semua individu termasuk ahli Parlimen mejalani saringan Covid-19 sebelum ia disambung semula 5.15 petang ini.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Mohd Rashid Hasnon.

Mesyuarat Khas Parlimen Penggal ke-14 itu bermula pada Isnin dan akan berakhir isnin depan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi tumpuan media selepas Istana Negara mengeluarkan kenyataan mengenai pembatalan Ordinan Darurat hari ini.

Dipercayai kenderaan membawa menteri dan Peguam Negara memasuki kediaman itu kira-kira 1.30 tengah hari.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain