suria

Covid-19: Jangkitan baharu 16,117 kes, Selangor kekal catat jumlah harian tertinggi

Malaysia merekodkan 16,117 kes baharu Covid-19 pada Selasa.

DIKEMASKINI

SEBANYAK 16,117 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 1,044,071 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 170,224 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 16,117 kes baharu yang dilaporkan, 16,091 kes merupakan penularan tempatan dan 26 kes adalah jangkitan luar negara.

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 6,616, diikuti Kuala Lumpur (2,457), Kedah (1,000) dan Johor (907).

Perlis pula merekodkan dua kes pada hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 207 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,408 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Selasa.

Beliau berkata, sebanyak 11,526 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Selasa dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 865,439 kes.

"Sehingga kini, terdapat 1,023 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 524 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain