suria

Hishammuddin ambil alih tugas Ismail Sabri berkaitan ‘update’ harian Covid-19 mulai Selasa

Perkembangan harian berkaitan Covid-19 yang dikendalikan oleh Ismail Sabri (kiri) akan diambil alih oleh Hishammuddin mulai Selasa

BERMULA Selasa, perkembangan harian berkaitan Covid-19 akan dikendalikan oleh Menteri Kanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Hishammuddin mengambil alih jawatan yang bertanggungjawab ke atas kluster keselamatan itu daripada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Sabri dilantik sebagai TPM, Hishammuddin kini menteri kanan

Ismail Sabri pada Isnin turut berterima kasih kepada semua pihak, kementerian, agensi, rakyat Malaysia serta pihak media atas sokongan yang diberi sepanjang dia memegang jawatan itu sebelum ini.

Untuk rekod, Ismail Sabri membuat kenyataan harian kerajaan berhubung pandemik sejak 20 Mac tahun lalu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ini apa yang saya sudah lakukan selama setahun empat bulan enam hari," ujarnya.

Ismail Sabri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 17 Julai lalu.

Beliau juga kekal memegang hawatan sebagai Menteri Pertahanan. - The Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain