suria

Lepasi angka 9,000! Malaysia catat 9,180 kes baharu Covid-19

Selangor mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi.

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 9,180 kes baharu, pada Jumaat.

Ia menjadikan keseluruhan 817,838 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 80,665 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat kematian harian tertinggi 135 kes! 8, 868 jangkitan baharu Covid-19

Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 4,400 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,271), Negeri Sembilan (899), Kedah (417) dan Sarawak (406).

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 77 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,980 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Jumaat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ia merupakan jumlah kes kematian harian tertinggi sejak pandemik Covid-19 melanda negara.

Beliau berkata, sebanyak 5,713 kes telah pulih Covid-19 pada Jumaat dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 731,193 kes.

"Sehingga kini, terdapat 959 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 465 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain