suria

Muhyiddin, jemaah menteri masih kekal berfungsi- Peguam Negara

Muhyiddin dan jemaah menteri sedia ada masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan. foto Bernama

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan jemaah menteri sedia ada masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dalam satu kenyataan, petang Khamis.

Beliau berkata, pada masa ini kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukkan bahawa Muhyiddin tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa kerajaan gagal... Umno serta merta tamatkan sokongan terhadap Muhyiddin

"Berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat hendaklah ditentukan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat sendiri dan bukan melalui kenyataan oleh sesuatu parti politik atau pun mana-mana pemimpin parti politik.

"Oleh itu, dari segi undang-undang, perdana menteri dan jemaah menteri sedia ada ternyata masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan," katanya.

Kenyataan Peguam Negara itu dikeluarkan bagi merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, lewat malam Rabu.

Terdahulu, Ahmad Zahid mengumumkan bahawa sokongan Umno terhadap Muhyiddin ditamatkan serta merta.

Ahmad Zahid berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan tujuh kegagalan kerajaan yang digariskan sebagai syarat utama sokongan Umno terhadap kerajaan pimpinan Muhyiddin.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Sebelum

Artikel Lain