suria

Malaysia catat 6,276 kes baharu Covid-19, Selangor rekod jangkitan harian hampir 3,000!

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 6,276 kes baharu, pada Rabu.

Ia menjadikan keseluruhan 751,979 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 64,129 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Naik lagi! Jangkitan baharu 6,437... Selangor kekal rekod kes harian tertinggi

Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,836 kes, diikuti Negeri Sembilan (644), Kuala Lumpur (625) Sarawak (376) dan.Johor (299).

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 62 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5, 170 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Rabu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Beliau berkata, sebanyak 4,929 kes telah pulih Covid-19 pada Khamis dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 682 680 kes.

"Sehingga kini, terdapat 905 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 452 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain