suria

Naik lagi! Jangkitan baharu 6,437... Selangor kekal rekod kes harian tertinggi

Malaysia merekodkan 6, 437 kes baharu positif Covid-19 pada Selasa.

SEBANYAK 6,437 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa, menjadikan kes keseluruhan berjumlah 745,703 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 62, 844 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 6,437 kes baharu yang dilaporkan, 6,423 kes merupakan penularan tempatan dan 14 kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: 5,218 lagi dijangkiti Covid-19, angka korban kini 5,001

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 2,299 kes, diikuti Kuala Lumpur (1, 361), Negeri Sembilan (700), Kedah (284), Johor (271) dan Melaka (252).

Perlis pula merekodkan sifar kes pada hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 107 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,108 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Selasa.

Beliau berkata, sebanyak 5, 298 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Selasa dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 677, 751 kes.

"Sehingga kini, terdapat 905 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 455 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain