suria

5,218 lagi dijangkiti Covid-19, angka korban kini 5,001

Malaysia merekodkan 5, 218 kes baharu positif Covid-19 pada Isnin.

DIKEMASKINI

SEBANYAK 5,218 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin, menjadikan kes keseluruhan berjumlah 739,266 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 61,812 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 5,218 kes baharu yang dilaporkan, 5,211 kes merupakan penularan tempatan dan baki tujuh kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 5, 586 jangkitan baharu, Selangor kekal rekod kes harian tertinggi

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1, 989 kes, diikuti Negeri Sembilan (629), Kuala Lumpur (469), Sarawak (409) dan Sabah (258).

Perlis pula merekodkan lima kes pada hari ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 57 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,001 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Isnin.

Beliau berkata, sebanyak 4,744 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Isnin dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 672,453 kes.

"Sehingga kini, terdapat 899 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 451 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain