suria

Penerima BPR akan terima bayaran secara berperingkat mulai esok, Bantuan Khas Covid-19 bermula Ogos

Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan perutusan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) pada Isnin.

KOMITED untuk meneruskan agenda prihatin rakyat, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih), bagi meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Menurut perdana menteri, kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai langsung kepada rakyat merangkumi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) dengan peruntukan RM10 bilion secara berperingkat, mulai esok (29 Jun).

"Kerajaan bersetuju untuk memberi bayaran tambahan bagi BPR sehingga RM500 pada bulan Julai dan bayarannya akan dibuat secara berperingkat mulai esok, 29 Jun.

"Manakala BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara RM100 hingga RM1,400 akan dibayar pada bulan September nanti.

"Bulan September juga akan melibatkan bayaran ke atas kes-kes lulus rayuan BPR. Secara keseluruhannya, nilai BPR sehingga hujung tahun adalah RM4.9 bilion," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tambah Muhyiddin, menerusi BKC pula, ia adalah inisiatif kerajaan bagi memastikan rakyat mendapat bantuan pada bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021.

BKC terbahagi kepada tiga kategori iaitu:

1) Isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada Ogos, RM500 pada November dan RM300 pada bulan Disember. Manakala individu bujang kategori ini akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada Ogos dan RM300 pada November;

2) Isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada Ogos dan RM300 pada Disember. Manakala bujang kategori ini akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada Ogos

3) Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250 ringgit, manakala bujang kategori ini akan menerima RM100 pada bulan Ogos nanti.

"Secara keseluruhan, pemberian khas BKC ini dijangka memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion," katanya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain