suria

PM umum diskaun elektrik sehingga 40 peratus, internet percuma diteruskan dan kawalan harga barang keperluan

Kerajaan mengumumkan diskaun bagi bil elektrik sehingga 40 peratus bermula bulan depan.

KERAJAAN bersetuju untuk memberi diskaun bil elektrik sehingga 40 peratus selama tiga bulan mulai bulan depan kepada kepada semua isi rumah di Malaysia.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) pada Isin berkata diskaun elektrik di antara lima hingga 40 peratus akan diberikan mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan.

"Diskaun sebanyak 40 peratus akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt jam sebulan dan 15 peratus bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt jam sebulan.

"Secara keseluruhan, rakyat akan mendapat diskaun berjumlah RM346 juta dan diskaun ini akan berkuat kuasa bagi tempoh tiga bulan mulai bil bulan Julai 2021," katanya,

Selain itu sektor-sektor ekonomi yang terjejas akan turut menikmati diskaun sebanyak 10 peratus bagi bil bulan Oktober sehingga Disember 2021.

"Dengan pemberian diskaun elektrik kepada pengguna domestik dan bukan domestik ini, Kerajaan akan menanggung kos tambahan sebanyak RM1 bilion," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Muhyiddin juga mengumumkan bahawa pemberian 1 gigabit data harian akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Kemudahan ini bakal memanfaatkan 44 juta pelanggan berdaftar di seluruh negara.

Sementara itu Muhyiddin berkata kerajaan juga akan meneruskan dasar pengawalan harga barang perlu seperti harga runcit bagi petrol RON95, diesel, LPF dan minyak masak.

"Walaupun harga komoditi di peringkat global meningkat, Kerajaan akan terus mengekalkan harga runcit bagi petrol RON95, diesel dan LPG yang dijangka melibatkan subsidi melebihi RM6 bilion tahun ini.

"Seterusnya, untuk menangani isu kenaikan harga minyak masak botol 1 kilogram hingga 5 kilogram, kerajaan akan melaksanakan program Harga Kawalan berasaskan nilai ambang Crude Palm Oil.

"Melalui program ini, sebagai contoh, harga minyak masak botol 5 kilogram dapat dikawal supaya tidak melebihi RM30 sebotol," katanya.

Kerajaan juga akan memastikan bekalan minyak masak pek polibeg 1 kilogram masih boleh didapati pada harga bersubsidi RM2.50.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain