suria

Malaysia catat 5, 586 jangkitan baharu, Selangor kekal rekod kes harian tertinggi

Malaysia merekodkan 5, 586 kes baharu positif Covid-19 pada Ahad.

DIKEMASKINI

SEBANYAK 5, 586 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad, menjadikan kes keseluruhan berjumlah 734, 048 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 61, 395 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 5, 586 kes baharu yang dilaporkan, 5, 583 kes merupakan penularan tempatan dan baki tiga kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: 5, 803 lagi dijangkiti Covid-19, Selangor masih catat kes harian tertinggi

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 2, 212 kes, diikuti Kuala Lumpur (628), Sarawak (513) dan Negeri Sembilan (501).

Perlis pula merekodkan sifar kes pada hari ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 60 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 4, 944 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Ahad.

Beliau berkata, sebanyak 4, 777 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Ahad dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 667, 709 kes.

"Sehingga kini, terdapat 886 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 446 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain