suria

Bertentangan dengan syariat Islam, kerajaan tak setuju usaha benarkan jantina ketiga di Malaysia

Kerajaan tidak bersetuju dengan usaha itu, sebagaimana Malaysia juga tidak mengiktiraf golongan LGBTQ, kata Dr Zulkifli.

IA bertentangan dengan syariat Islam.

Demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berhubung usaha untuk membenarkan jantina ketiga di Malaysia.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ujar beliau, kerajaan tidak bersetuju dengan usaha itu, sebagaimana Malaysia juga tidak mengiktiraf golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ).

Menurutnya, pendirian kerajaan itu ditegaskan beliau ketika menyampaikan amanat melalui persidangan dalam talian bersama Ahli Jawatankuasa Penyelidik Kajian Implikasi Gender Ketiga.

"Prinsip saya, hujah perlu dibalas dengan hujah. Maka, hujah yang tuntas perlu dikemukakan," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau pada Jumaat.

Zulkifli berkata, persidangan itu dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pada Februari lalu, Zulkifli dilaporkan berkata, Malaysia menolak dasar luar pentadbiran baharu Amerika Syarikat yang mahu mempromosikan hak asasi golongan LGBTQ di seluruh dunia.

Kata beliau, LGBTQ sejak awal lagi menyalahi normal manusia biasa.

"Justeru ia bertentangan dengan syariat Islam dan kerajaan tidak menyokong sebarang kempen yang dilabelkan LGBTQ di negara ini," ujarnya. - Sinar Harian.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain