suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

5, 803 lagi dijangkiti Covid-19, Selangor masih catat kes harian tertinggi

Malaysia merekodkan 5, 803 kes positif Covid-19 pada Sabtu.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 5, 803 kes baharu pada Sabtu.

Ia menjadikan keseluruhan 728, 462 kes setakat ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selangor merekodkan jangkitan harian tertinggi dengan 2, 108 kes.

Ia diikuti Negeri Sembilan (741) dan Kuala Lumpur (628).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 81 menjadikan jumlah keseluruhan 4, 884 kes kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan 81 kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 4, 884 kes," ujarnya.

Sehingga hari ini, 5, 193 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 662, 932 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 866 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 435 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia