suria

Keputusan STPM 2020 akan diumum 1 Julai

Calon boleh menyemak keputusan masing-masing bermula tengah hari 1 Julai ini.

KEPUTUSAN peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2020 akan diumumkan pada Khamis (1 Julai), demikian menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Calon boleh menyemak keputusan mereka secara dalam talian mulai pukul 12 tengah hari di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK.

Selain itu, calon juga boleh menyemak keputusan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM jarak nombor kad pengenalan jarak angka giliran dan hantar ke 68886.

SMS boleh dihantar mulai 11 pagi 1 Julai hingga 12 tengah hari pada 9 Julai ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Keputusan juga akan dihantar melalui e-mel kepada calon mulai pukul 11 pagi bagi mereka yang telah memberikan alamat e-mel kepada MPM.

Bagi calon yang tidak mempunyai akses internet, Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenal pasti calon dan memaklumkan kaedah terbaik untuk mendapatkan keputusan mereka, tambah MPM. - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

STPM 2020, MPM

Artikel Lain