suria

Wanita berusia 24 tahun antara 82 korban Covid-19

Pesakit wanita berusia 24 tahun adalah korban termuda bagi kes kematian Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang terakhir. Gambar hiasan

UNTUK hari ketiga berturut-turut, jumlah kematian akibat Covid-19 melepasi 80 orang.

Terbaharu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan seramai 82 orang pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam yang terakhir.

Daripada angka tersebut, 71 korban merupakan warganegara Malaysia manakala baki 11 yang lain adalah warganegara asing.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak, remaja antara 84 korban Covid-19

Lebih separuh daripada kes kematian dilaporkan di Lembah Klang, dengan 31 kes di Selangor dan 18 di Kuala Lumpur.

Negeri-negeri lain iaitu Johor merekodkan lapan kes, Negeri Sembilan (5), Sarawak (4), Labuan, Pahang dan Kedah (masing-masing 3 kes), Pulau Pinang dan Kelantan (masing-masing 2 kes), dan Sabah, Perak dan Melaka merekodkan satu kes kematian.

Korban termuda adalah seorang pesakit wanita berusia 24 tahun yang meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pesakit mempunyai sejarah diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit buah pinggang kronik.

Sebanyak 17 kes diklasifikasikan sebagai 'Brought In Death' (BID) merujuk kepada kes kematian yang berlaku di luar fasiliti kesihatan.

Sehingga kini, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah 4, 803 orang. - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain