suria

Masih melepasi 5, 000 kes... Malaysia catat 5, 812 jangkitan baharu

Malaysia merekodkan 5, 812 kes baharu positif Covid-19 pada Jumaat.

DIKEMASKINI

SEBANYAK 5, 812 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Jumaat, menjadikan kes keseluruhan berjumlah 722, 659 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 60, 117 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 5, 812 kes baharu yang dilaporkan, 5, 780 kes merupakan penularan tempatan dan 32 kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 5, 841 kes baharu Covid-19, Selangor kekal rekod jangkitan harian tertinggi

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 2, 187 kes, diikuti Kuala Lumpur (771), Sarawak (673) dan Negeri Sembilan (658).

Perlis pula merekodkan sifar kes pada hari ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 82 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 4, 803 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Jumaat.

Beliau berkata, sebanyak 6, 775 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Jumaat dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 657, 739 kes.

"Sehingga kini, terdapat 870 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 433 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor, ICU

Artikel Lain