suria

Kanak-kanak, remaja antara 84 korban Covid-19

Terdapat pertambahan 84 kes kematian berkaitan Covid-19, pada Khamis.

SERAMAI 84 individu di Malaysia meninggal dunia akibat Covid-19 pada Khamis, menjadikan angka kematian meningkat kepada 4,721 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah itu, 73 individu merupakan rakyat Malaysia dan 11 lagi warga asing.

Lembah Klang mencatatkan separuh daripada jumlah kematian, dengan Selangor dan Kuala Lumpur merekodkan masing-masing 32 dan 10 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 5,841 kes baharu Covid-19, Selangor kekal rekod jangkitan harian tertinggi

Negeri Sembilan melaporkan 10 kematian, diikuti Kelantan (lapan), Johor (tujuh), Kedah (enam), Labuan (tiga), Melaka (dua), Perak (dua), Pahang (dua), Sabah (satu) dan Terengganu (satu).

Dalam pada itu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dan seorang remaja lelaki berumur 16 tahun, merupakan mangsa termuda meninggal dunia akibat Covid-19, pada Khamis.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kanak-kanak berusia lapan tahun menghidap asma dan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Manakala remaja berusia 16 tahun menghidap sindrom Melas, dan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Malaysia mencatatkan 5,841 kes baharu Covid-19 pada Khamis. - The Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain