suria

Malaysia catat 5,841 kes baharu Covid-19, Selangor kekal rekod jangkitan harian tertinggi

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 5,841 kes baharu, pada Khamis.

Ia menjadikan keseluruhan 716,847 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 61,162 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 5,244 kes baharu Covid-19, 83 lagi kematian

Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,072 kes, diikuti Negeri Sembilan (781) Sarawak (581), Kuala Lumpur (552) dan Johor (346).

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 84 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,721 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Khamis.

Beliau berkata, sebanyak 5,411 kes telah pulih Covid-19 pada Khamis dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 650,964 kes.

"Sehingga kini, terdapat 869 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 438 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain