suria

Malaysia catat 5,244 kes baharu Covid-19, 83 lagi kematian

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 5,244 kes baharu, pada Rabu.

Ia menjadikan keseluruhan 711,006 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 60,816 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,001 kes, diikuti Negeri Sembilan (677) Kuala Lumpur (531), Sarawak (577) dan Johor (282).

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 83 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,637 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Rabu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Beliau berkata, sebanyak 6,372 kes telah pulih Covid-19 pada Rabu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 645,553 kes.

"Sehingga kini, terdapat 879 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 433 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain