suria

Malaysia catat 4, 743 kes baharu Covid-19

Malaysia merekodkan 4, 743 kes positif Covid-19 pada Selasa.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 4, 743 kes baharu pada Selasa.

Ia menjadikan keseluruhan 705, 762 kes setakat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 5, 293 kes baharu Covid-19

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 1, 556 kes.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ia diikuti Kuala Lumpur (635) dan Negeri Sembilan (585).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 77 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 4, 554 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan 77 kematian dilaporkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 4, 554 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, 5, 557 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 639, 181 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 875 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 445 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain