suria

Lagi kluster baharu majlis pengebumian

Satu majlis pengebumian yang diadakan pada 12 Jun lalu di Sarawak telah mencetuskan kluster baharu Covid-19 iaitu Kluster Sungai Kotak.

KLUSTER baharu Covid-19 iaitu Kluster Sungai Kotak berpunca daripada satu majlis pengebumian yang diadakan di Sarawak, pada 12 Jun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks bagi kluster ini merupakan kes bernombor 68, 2997 membabitkan seorang wanita berusia 41 tahun.

Menurut beliau, wanita terbabit disahkan positif Covid-19 pada 18 Jun iaitu enam hari selepas majlis terbabit hasil saringan kendiri yang dilakukannya.

"Sebanyak 31 kes baharu dikesan dalam kluster itu hasil saringan dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap 101 individu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Jumlah keseluruhan yang telah disahkan positif adalah 34 orang," katanya.

Sebelum ini, beberapa kluster turut dikesan hasil daripada majlis pengebumian dan antara yang terbesar dilaporkan adalah Kluster Pasai yang pada mulanya dikesan dalam kalangan penduduk rumah panjang di Sibu pada 9 Januari lalu.

Selepas itu, ia merebak ke 20 daerah dan menjangkiti 2, 693 orang termasuk 46 petugas kesihatan.

Jangkitan Kluster Pasai merebak dari Sibu ke 20 daerah lain di Sarawak dan meragut 25 nyawa dalam tempoh empat bulan.

Kluster Pasai merupakan kluster kedua merekodkan kematian yang tinggi selepas Kluster Sri Petaling dengan 34 kematian. - Sinar Harian

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain