suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PKP 3.0 dilanjutkan, tak berakhir 28 Jun - PM

Fasa pertama PKP 3.0 akan diteruskan sehingga nilai ambang Pelan Pemulihan Negara (PPN) kurang dari 4,000 kes sehari, kata Muhyiddin. -foto Bernama.

SAMBUNG lagi!

Begitulah yang berlaku apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bakal tamat esok akan dilanjutkan lagi tempohnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin, Fasa 1 PKP 3.0 akan diteruskan sehingga nilai ambang Pelan Pemulihan Negara (PPN) kurang 4,000 kes.

Kerajaan juga akan mengumumkan mengenai bantuan menyeluruh yang akan diberikan kepada rakyat pada Isnin atau Selasa ini.

Pada 11 Jun lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa negara diletakkan di bawah PKP bermula 15-28 Jun.

Walaupun berita palsu berkaitan lanjutan PKP 3.0 tular pada Sabtu, namun situasi dan keadaan semasa Covid-19 berdasarkan nilai ambang PPN dilihat tidak memungkinkan negara beralih ke Fasa 2. - Sinar Harian.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia