suria

Cadang sidang Parlimen sebelum 1 Ogos

Parlimen telah kemuka cadangan kepada Perdana Menteri untuk mengadakan persidangan khas Parlimen sebelum 1 Ogos ini.

SIDANG Parlimen dicadangkan untuk diadakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada sebelum 1 Ogos ini, dan cadangan itu telah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam satu kenyataan bersama Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, ia berikutan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa sidang Parlimen perlu dilaksanakan secepat mungkin.

"Kami sebagai Yang Dipertua Dewan Negara dan Yang Dipertua Dewan Rakyat menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong di atas perkenan Seri Paduka Baginda Tuanku mengadakan majlis menghadap pada Selasa yang turut dihadiri timbalan Yang di-Pertua kedua-dua dewan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekali lagi Agong zahirkan... Sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin

"Dalam majlis berkenaan, Yang di-Pertuan Agong telah menzahirkan titah pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan sebelum 1 Ogos ini.

"Justeru, kami turut menyatakan komitmen dan kesediaan penuh untuk mengadakan persidangan Parlimen seperti yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku," menurut kenyataan itu pada Rabu.

Pada Selasa, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa sidang Parlimen perlu dilaksanakan secepat mungkin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pandangan pembukaan semula Parlimen itu dibuat mengikut garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan kerajaan dan Parlimen Malaysia.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, pandangan Al-Sultan Abdullah itu bagi membolehkan proklamasi darurat dan Ordinan Darurat yang dikeluarkan dapat dibentangkan di Dewan Rakyat mengikut Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, Al-Sultan Abdullah juga bertitah agar Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan Parlimen Ke-14 meneruskan sesi mesyuarat. - Sinar Harian

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain