suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

4,140 lagi dijangkiti Covid-19, Selangor rekod kes harian tertinggi

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,507 kes.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 4,140 kes baharu pada Sabtu.

Ia menjadikan keseluruhan 466,330 kes setakat ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Perkara itu diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman sosial rasmi mereka, Sabtu petang.

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,507 kes diikuti Johor (433), Kuala Lumpur (398) dan Pulau Pinang (338).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 44 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,866 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan 44 kematian dilaporkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,866 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, 3,432 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 422,329 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 503 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 272 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain