suria

Covid-19: Sarawak rekod kes harian tertinggi, 1,576 jangkitan baharu... bertambah 2 korban

Malaysia merekodkan 1,576 jangkitan baharu Covid-19 pada Jumaat.

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,576 kes baharu, menjadikan keseluruhan 330,042 kes setakat Jumaat.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 14,360 di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 1,576 kes baharu yang dilaporkan, 1,565 kes merupakan penularan tempatan dan baki 11 kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangkitan baharu 1,213 kes... 3 lagi korban Covid-19

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Sarawak merekodkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 407 kes, diikuti Selangor (348) dan Pulau Pinang (182).

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat pertambahan dua kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,225 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Jumaat.

Beliau berkata, sebanyak 1,996 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Jumaat dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 314,457 kes.

"Sehingga kini, terdapat 151 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 57 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Sarawak

Artikel Lain