suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangkitan baharu 1,213 kes... 3 lagi korban Covid-19

Malaysia merekodkan 1,213 kes baharu psoitif Covid-19 pada Khamis. Foto: Bernama

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,213 kes baharu, menjadikan keseluruhan 328,466 kes setakat Khamis.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 14,782 di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 1,213 kes baharu yang dilaporkan, 1,207 kes merupakan penularan tempatan dan baki enam kes adalah jangkitan luar negara.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor merekodkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 353 kes, diikuti Sarawak (303) dan Johor (142).

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat pertambahan tiga kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,223 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Khamis.

Beliau berkata, sebanyak 1,503 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Khamis dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 312,461 kes.

"Sehingga kini, terdapat 155 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 54 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Selangor, ICU

Artikel Lain