suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Media berkumpul di Kedutaan Korea Utara susulan keputusan Pyongyang putuskan hubungan dengan Malaysia

Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia, awal hari ini. Foto: The Star/Azman Ghani

SEKUMPULAN media tempatan dan antarabangsa berkumpul di hadapan Kedutaan Korea Utara di Jalan Batai, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Ia susulan tindakan Korea Utara yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia, awal hari ini.

Pengamal media berkumpul seawal pukul 9 pagi untuk memantau situasi serta sebarang aktiviti di kedutaan tersebut.

Beberapa kereta dilihat meninggalkan kawasan kedutaan namun tidak memberhentikan kenderaan mereka ketika melalui kumpulan pengamal media.

Difahamkan, Wisma Putra akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkembangan tersebut.

Terdahulu, media kerajaan Korea Utara, KCNA melaporkan negara itu memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Ia adalah tindak balas terhadap tindakan Malaysia mengekstradisi seorang rakyat Korea Utara ke Amerika Syarikat (AS), awal bulan ini.

Kementerian itu menyifatkan tindakan berkenaan sebagai 'jenayah tidak boleh dimaafkan' yang didakwa dilakukan kerana tekanan AS.

Lelaki Korea Utara yang dikenali sebagai Mun Chol Myong, gagal dalam rayuan terakhirnya di mahkamah Malaysia terhadap perintah ekstradisi ke AS untuk menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain