suria

“Kawal Covid ikut data, sains... mungkin tiada lagi PKP menyeluruh” - Muhyiddin

PKP akan dilaksanakan secara lebih bersasar mengikut kawasan atau lokaliti. FOTO: SHAARI CHE MAT/The Star.

KERAJAAN hari ini mengumumkan tiada lagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh selepas ini.

Sebaliknya kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, PKP akan dilaksanakan secara lebih bersasar mengikut kawasan atau lokaliti.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi PKP, kedai dah boleh beroperasi sehingga jam 12 malam bermula Jumaat

"Kerajaan juga akan melaksanakan strategi kawalan penularan Covid-19 secara lebih bersasar dengan bersandarkan sains dan data untuk mengurangkan impak negatif terhadap aktiviti ekonomi negara.

"Pada masa yang sama, dengan mengambil kira pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kerajaan berkemungkinan tidak perlu lagi melaksanakan PKP secara menyeluruh merangkumi seluruh negara atau sesuatu negeri.

"Kawalan pergerakan hanya dilaksanakan mengikut lokaliti dan secara tertumpu kepada kluster berkaitan sahaja," ujarnya pada Rabu petang.

Muhyiddin berkata demikian menerusi perutusan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) yang disiarkan secara langsung.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan tarikh pelaksanaan itu akan dimulakan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain