suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sabah akan beli vaksin Covid-19 sendiri jika bekalan tidak mencukupi

Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Hajiji Noor.

NEGERI Sabah akan membeli dos vaksin Covid-19 sendiri sekiranya bekalan tidak mencukupi untuk semua orang, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Ujarnya, ia bagi memastikan semua penduduk mendapat suntikan vaksin dan memastikan wujudnya imuniti kelompok terhadap virus.

ARTIKEL BERKAITAN: PM jadi individu pertama disuntik vaksin Covid-19 di Malaysia

Malah, beliau turut menggesa semua orang untuk mendaftar melalui aplikasi MySejahtera secepat mungkin.

kata Hajiji, kerajaan Persekutuan akan melakukan yang terbaik untuk memastikan hampir semua orang mendapat vaksinasi tetapi sekiranya bekalannya tidak mencukupi, kerajaan negeri juga akan melakukan peranannya untuk memastikan orang mendapat imunisasi.

Seramai 32,711 orang di Sabah telah menerima suntikan vaksin Covid-19 mereka pada 16 Mac. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain