suria

PKPB di Selangor, KL, Sabah dilanjutkan sehingga 20 Disember, tamat di Putrajaya, Labuan dan 4 negeri lain

Ismail Sabri umum PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah dilanjutkan.

KERAJAAN mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan di Selangor kecuali daerah Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Ia diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19 makin ganas... Kerajaan umum PKPB selama 4 minggu di seluruh Semenanjung kecuali 3 negeri, akan pertimbang PKPD di Sabah

PKPB itu dilanjutkan bermula pada 7 Disember sehingga 20 Disember.

Dalam pengumuman pada Ahad petang, Ismail Sabri juga mengumumkan PKPB di Kuala Lumpur dan Sabah turut diteruskan, juga bermula 7 sehingga 20 Disember ini.

Dalam pada itu, PKPB di Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Putrajaya serta Labuan ditamatkan dan kembali kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kecuali di beberapa daerah zon merah yang kekal sebagai PKPB.

Pada 7 November lalu, peningkatan kes Covid-19 memaksa kerajaan melaksanakan PKPB di seluruh negeri di Semenanjung keucali Perlis, Pahang dan Kelantan selama empat minggu bermula 9 November sehingga 6 Disember 2020.

Kemudiannya pada 20 November, Kelantan menjadi negeri terbaharu yang diletakkan di bawah penguatkuasaan PKPB bermula 21 November sehingga 6 Disember ini.

Pada hari sama, Ismail Sabri mengumumkan PKPB yang dikuatkuasakan di negeri Kedah, Melaka, Johor dan Terengganu ditamatkan bermula 21 November.

Berikut perincian penuh PKPB mengikut negeri:

1) Kelantan: PKPB tamat kecuali Machang, Pasir Mas, Kota Bharu dan Tanah Merah.

2) Kuala Lumpur: Diteruskan sehingga 20 Disember

3) Putarajaya: PKPB tamat

4) Selangor: Diteruskan sehingga 20 Disember, kecuali Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

5) Negeri Sembilan: PKPB tamat kecuali Seremban dan Port Dickson.

6) Pulau Pinang: PKPB tamat kecuali Mukim 1 Barat Daya dan Mukim 1 di Timur Laut.

7) Perak: PKPB tamat kecuali daerah Kinta, Mukim Teja dan Mukim Changkat Jong.

8) Johor: PKPB di Mersing tamat 6 Disember, PKPB Kota Tinggi dilanjutkan sehingga 20 Disember, PKPB di Johor Bahru, batu Pahat dan Kulai diteruskan sehingga 19 Disember.

9) Sabah: PKPB diteruskan sehingga 20 Disember

10) Wilayah Persekutuan Labuan: PKPB tamat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain