suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tumpuan kini terarah pada Sultan Nazrin, pengerusi parti komponen PH dijangka menghadap hari ini

Pemimpin parti komponen PH dijangka akan menghadap Sultan Nazrin Shah pada pagi Sabtu.

SELEPAS Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti daripada ADUN Perak dalam undi usul percaya terhadapnya pada Jumaat, tumpuan kini terarah kepada keputusan yang bakal dibuat oleh Sultan Nazrin Shah.

Pada pagi Sabtu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming; Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi dijangka akan menghadap Sultan Nazrin.

ARTIKEL BERKAITAN: Faizal Azumu tersingkir, gagal dapat sokongan majoriti DUN

Ketika ini, Istana Kinta menjadi tumpuan pengamal media susulan perkembangan politik di negeri berkenaan.

Pada Jumaat, Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderingan gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat DUN Perak dalam undian percaya.

Usul undi percaya itu dibawa oleh ADUN Pengkalan Baharu, Datuk Abd Manaf Hashim.

Timbalan Presiden Bersatu itu hanya mendapat 10 undi sokongan, manakala 48 membantah, dan satu undi rosak, dalam undi belah bahagi yang ditetapkan oleh Speaker Perak Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia