suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Semua harga bahan api naik bermula tengah malam ini

Kenaikan harga semua bahan api itu bermula 5 Disember sehingga 11 Disember. -foto AZMAN GHANI/ The Star

HARGA semua bahan api naik bermula 5 Disember sehingga 11 Disember.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memberitahu, harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM1.97 seliter kepada RM2 seliter.

Harga runcit petrol RON95 juga naik sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM1.67 seliter kepada RM1.70 seliter, manakala harga runcit diesel naik sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM1.85 seliter kepada RM1.90 seliter.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan diperkenalkan sejak 5 Januari 2019, menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM). - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia