suria

Paling tinggi! Malaysia catat 1,228 kes baharu Covid-19, 7 lagi kematian

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19. -gambar hiasan/foto Bernama

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,228 kes baharu, menjadikan keseluruhan 25,742 kes setakat Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 8,966 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, daripada 1,228 kes baharu yang dilaporkan, 1,217 kes penularan tempatan dan 11 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia rekod 10 kematian akibat Covid-19 pada Jumaat, 710 kes baharu

Menurut Dr Noor Hisham, Sabah mencatatkan jumlah kes baharu Covid-19 paling tinggi pada Sabtu iaitu 889 kes.

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tujuh kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 221 kes," katanya pada sidang media, petang Sabtu.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 671 kes telah pulih Covid-19 pada Sabtu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 16,555 kes.

"Sehingga kini, terdapat terdapat 92 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat enam kluster baharu akibat Covid-19 dikesan pada Sabtu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain