suria

Malaysia rekod 10 kematian akibat Covid-19 pada Jumaat, 710 kes baharu

Malaysia merekodkan 710 kes baharu positif Covid-19 dan 10 korban pada Jumaat. Foto: Bernama

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 710 kes baharu, menjadikan keseluruhan 24,514 kes setakat Jumaat.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 8,416 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 710 kes baharu yang telah dilaporkan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan satu kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, dan baki 709 kes adalah penularan tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Angka kematian Covid-19 kini 204,90 lagi pesakit terlantar di ICU... Malaysia catat 847 kes pada Khamis

Sabah mencatatkan kes tertinggi hari ini dengan 528 kes, diikuti Selangor (62), Pulau Pinang (39), Negeri Sembilan (37), Labuan (19), Kuala Lumpur (10), Perak (4), Johor (4), Terengganu (2), Sarawak (2), Kedah (1), dan Pahang (1).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 10 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 214 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 10 kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 214 kes," ujarnya menerusi kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jumaat petang.

Sehingga hari ini, 467 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 15,884 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 90 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 29 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Ringkasan kes kematian pada Jumaat adalah seperti berikut:





Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain