suria

Malaysia catat 732 kes baharu Covid-19,6 lagi kematian di Sabah termasuk warga asing berusia 27 tahun

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19. -gambar hiasan/foto Bernama

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 732 kes baharu, menjadikan keseluruhan 22,957 kes setakat Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 7,827 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, daripada 732 kes baharu yang dilaporkan, 724 kes penularan tempatan dan lapan kes import yang pulang dari luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia rekodkan 862 jangkitan Covid-19,95 di ICU... 3 lagi korban di Sabah

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan enam kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 199 kes," katanya pada sidang media, petang Rabu.



Kes kematian akibat Covid-19 yang dilaporkan pada Rabu.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 580 kes telah pulih Covid-19 pada Rabu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 14,931 kes.

"Sehingga kini, terdapat terdapat 102 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 454 kes positif Covid-19 dikesan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September hingga 21 Oktober.

Beliau turut memberitahu terdapat lapan kluster baharu Covid-19 dilaporkan pada Rabu.

Jelasnya, lapan kluster tersebut adalah Kluster Basung, Kluster Inai, Kluster Tempayan, Kluster Long, Kluster Cahaya, Kluster Bah Kota, Kluster Melati dan Kluster Bina Labuan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain