suria

Naik lagi! 317 kes positif Covid-19 jangkitan tempatan direkodkan, warga emas di Sabah korban ke-137

Malaysia mencatatkan 317 kes positif Covid-19 pada Sabtu. Foto: Bernama

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 317 kes baharu, menjadikan keseluruhan 12,088 kes setakat Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,735 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, kesemua 317 kes adalah penularan tempatan di mana melibatkan 303 warganegara dan 14 rakyat asing.

ARTIKEL BERKAITAN: Paling tinggi dalam sejarah! Malaysia catat 287 kes semua penularan tempatan, 2 kluster baharu dikesan di Selangor

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 317 kes tersebut, 37 daripadanya adalah individu yang pulang dari Sabah.

"Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 137 kes," katanya pada siang media, petang Sabtu.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 121 kes telah pulih Covid-19 pada Sabtu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 10,216 kes.

"Sehingga kini, terdapat terdapat 29 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana empat kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Menurut Dr Noor Hisham turut memberitahu terdapat tiga kluster baharu iaitu Bah Lunas dan Bah Rose di Kedah dan Jelok di Selangor.

Berikut perincian kes kematian ke-137:

Kes kematian ke-137 iaitu kes 10,939 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 57 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia.

Kes mula mengalami gejala batuk, kurang selera makan dan demam sejak 10 September. Pada 24 September, kes mengalami sesak nafas dan dibawa ke Hospital Semporna dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Tawau pada hari yang sama.

Kes dimasukkan ke ICU dan diberikan bantuan pernafasan. Saringan Covid-19 dikesan positif pada 28 September, dan disahkan meninggal dunia pada 2 Oktober jam 11.44 malam.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain