suria

Panik... PKP di seluruh Malaysia? Ismail Sabri jawab dakwaan ahli politik punca kes Covid-19 meningkat

(Gambar fail) Ismail Sabri membuat pengumuman menerusi sidang media pada Sabtu. Foto Bernama

SIDANG media yang dibuat oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada petang Sabtu ternyata dinanti-nantikan khususnya buat seluruh rakyat Malaysia.

Cetus situasi panik lebih-lebih lagi sidang media tersebut dibuat selepas mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan Covid-19 dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muyiddin Yassin di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, pagi Sabtu.

Dengan peningkatan kes Covid-19 sehingga tiga angka sejak kebelakangan ini, ramai yang berteka-teki mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pernah dilaksanakan pada 18 Mac lalu, akan diadakan semula.

ARTIKEL BERKAITAN: Paling tinggi dalam sejarah! Malaysia catat 287 kes semua penularan tempatan, 2 kluster baharu dikesan di Selangor

Sama ada PKP dilaksanakan di seluruh negara semula atau tidak, ini jawapan Ismail Sabri.

"Adakah PKP diadakan di seluruh Malaysia? Saya tahu ramai yang tunggu saya ni sebab ada mesyuarat khas MKN, mereka tanya ada PKP ke hari ni?

"Tidak... kita tidak akan mengisytiharkan PKP kerana walaupun semalam 287 kes, hari ni mungkin tambah lagi agaknya. 113 kes di Sabah melibatkan 35 daripada Kluster Benteng yang berada di dalam penjara. 129 di Kedah, 128 di dalam penjara.

"Jika kita lihat seluruh negara, di negeri-negeri lain (selain Kedah dan Sabah) hanya Selangor tahap merah. Negeri-negeri lain hanya satu hingga tiga kes sahaja.

"Jadi kalau kita tengok, satu kes dua kes, bukan perkara yang membimbangkan. Memang tak akan kosong sebab Covid-19 berada dalam sekeliling kita. Kalau satu, dua kes nak lock seluruh negara. Sampai bila-bila negara kita dikenakan lock di seluruh negara," katanya.

Ismail Sabri berkata, sasaran lokaliti akan dikenakan seperti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran sekiranya terdapat peningkatan kes di sesuatu kawasan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menolak dakwaan bahawa ahli politik yang pulang dari Sabah berikutan Pilihan Raya Negeri (PRN) menjadi punca peningkatan kes Covid-19.

"Yang balik dari Sabah dan telah menjalani ujian swab adalah lebih 13,000 orang, dan lebih 130 orang didapati positif Covid-19 iaitu satu peratus daripada mereka yang pulang dari Sabah.

"Ramai rakyat dah panik, seolah-olah separuh. Kalau separuh dah lebih 7,000 dah positif, tapi ini hanya 132 dan ia bercampur antara ahli politik yang mungkin berkempen semasa PRN.

"Tetapi ia termasuk pelancong-pelancong dari Sabah, orang-orang yang ada tugas rasmi, urusan perniagaan di Sabah. Jadi 130 orang atau satu peratus tu bercampur-campur, bukan orang politik semata-mata," tegasnya yang mengharap semua pihak tidak panik.

Pada Jumaat, Malaysia mencatatkan 287 kes baharu Covid-19, iaitu jumlah kes harian tertinggi pernah direkodkan sejak permulaan pandemik itu di negara ini.

Ketika ini, kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Disember depan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain