suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air sah positif Covid-19

Ahmad Masrizal dirawat di Hospital Sungai Buloh selepas disahkan positif Covid-19.

TIMBALAN Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Dr Ahmad Masrizal Mohamad mengesahkan beliau positif Covid-19 selepas ujian kedua dilakukan Rabu lalu.

Ahmad Masrizal berkata beliau kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Tambahnya, beliau tidak mempunyai sebarang gejala dan ujian pertama yang dilakukan pada 23 September lalu di Kota Kinabalu ketika kempen pilihan raya negeri Sabah menunjukkan keputusan negatif.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan pula positif Covid-19 - “Tiada simptom ketara melainkan penat sikit”

"Bagaimanapun selepas keputusan kedua yang mendapati positif, saya dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada Khamis dan kini, Alhamdulillah saya sihat.

"Sejak ujian pertama dilakukan, saya tiada sebarang tanda-tanda demam dan batuk. Cuma sebelum masuk pejabat Isnin lalu, saya telah mengambil inisiatif sendiri untuk buat ujian swap sekali lagi dan mendapati keputusannya positif," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, beberapa pemimpin parti politik turut disahkan positif Covid-19 antaranya Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan dan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Razlan Muhammad Rafii.

Tambahnya, ketika menunggu keputusan ujian pertama dan kedua, dia telah menjalani kuarantin bersendirian di rumah.

"Saya mengharapkan agar kita semua tidak mengambil mudah ancaman Covid-19 ini. Jika ada peluang untuk buat ujian kedua atau ketiga pergilah," katanya. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain