suria

Tergempar! PM dijangka pengerusi mesyuarat khas Covid-19 hari ini

Muhyiddin dijangka mempengerusikan mesyuarat khas Covid-19 pada Sabtu.

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mempengerusikan mesyuarat khas Covid-19 pada Sabtu.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerusi satu ciapan di akaun Twitter beliau @AnnuarMusa pada Jumaat.

"Besok YAB PM sendiri pengerusikan mesyuarat khas Covid-19... Semoga Ada tindakan yang tegas dan segera esok...," tulisnya di laman Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Paling tinggi dalam sejarah! Malaysia catat 287 kes semua penularan tempatan, 2 kluster baharu dikesan di Selangor

Ciapan tersebut bagaimanapun tidak menjelaskan lokasi mesyuarat berkenaan, termasuk pihak yang terlibat.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan bahawa Malaysia mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi iaitu sebanyak 287 kes pada Jumaat. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain