suria

Kecoh bergaduh di kaunter drive-thru restoran makanan segera, polis sahkan pemandu sudah ditahan

Pemandu yang terlibat dalam insiden pergaduhan di sebuah outlet restoran makanan segera di Rawang, baru-baru ini sudah ditahan polis untuk membantu siasatan. Gambar hiasan

POLIS telah menahan pemandu yang terlibat dalam pergaduhan di sebuah restoran makanan segera di Rawang, baru-baru ini.

"Pemandu tersebut telah ditahan untuk membantu siasatan dan dia didapati mengalami kecacatan mental. Siasatan lanjut sedang dilakukan," kata Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe.

Beliau menambah, insiden pergaduhan itu bermula apabila pemandu lelaki berkenaan menyerang petugas di kaunter pandu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: McDonald's ambil tindakan undang-undang isu dakwaan palsu netizen di Twitter

"Insiden itu melibatkan pemandu dan dua kakitangan restoran," katanya.

Terdahulu, klip video pergaduhan berkenaan menjadi viral di media sosial.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku kira-kira pukul 7.30 malam Ahad, baru-baru ini.

Menurut kenyataan polis, pergaduhan berlaku ekoran perselisihan antara pemandu dan pekerja restoran mengenai kaedah pembayaran.

"Hasil siasatan yang dilakukan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari lokasi tersebut, polis mengklasifikasikan semula kes tersebut di bawah Seksyen 447 dan 427 Kanun Keseksaan, kerana memusnahkan harta benda, dan juga Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana mencetuskan pergaduhan,"tambah ACP Arifai. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain