Covid-19: Guru wanita di JB disahkan positif, tempat kerja suami diarah tutup

Seorang guru di sebuah sekolah menengah di Johor Bahru disahkan positif Covid-19 selepas dikesan kontak rapat kes melibatkan Kluster Bakawali. Gambar hiasan

GURU wanita di sebuah sekolah menengah di Johor Bahru disahkan positif Covid-19 selepas dikesan kontak rapat kes melibatkan Kluster Bakawali.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata guru itu dijangkiti oleh suaminya yang turut disahkan menghidapi pandemik itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru wanita positif Covid-19, SK Permatang Janggus di P.Pinang ditutup hingga 8 Oktober

"Suaminya antara sembilan kontak rapat yang positif dari kluster berkenaan," katanya pada Khamis.

Tambah beliau lagi, proses dekontaminasi di tempat kerja suami guru itu iaitu sebuah makmal telah dijalankan dan ianya diarah ditutup.

Vidyananthan berkata, semua kakitangan makmal itu juga telah diarah menjalani ujian saringan Covid-19 dan kuarantin di rumah selama 14 hari.

"Kami juga menjalankan siasatan dan pengesanan kontak secara aktif dalam kalangan guru dan pelajar," katanya sambil menambah mereka juga diminta supaya menjalani tempoh kuarantin kendiri di rumah masing-masing.

Beliau berkata, sehingga 30 September, seramai 157 kontak rapat telah dikenal pasti di mana 70 didapati negatif manakala 87 lagi masih menunggu keputusan ujian saringan.

Katanya, kes kumulatif Covid-19 di Johor didapati mencapai 767 dengan 15 adalah aktif, 731 telah discaj serta 21 kematian.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, guru, JB, makmal, Bakawali

Artikel Berkaitan

Artikel Lain