suria

Melonjak! 95 kes Covid-19 direkod pada Jumaat, pertambahan 1 kes kematian di Sabah

Malaysia mencatatkan 95 kes baharu positif Covid-19 dan satu kes kematian pada Jumaat. Foto: Bernama

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 95 kes baharu, menjadikan keseluruhan 10,147 kes setakat Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 754 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, daripada 95 kes baharu yang dilaporkan, empat adalah kes import yang kesemuanya melibatkan rakyat asing yang mendapat jangkitan di luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 21 kes baharu Covid-19, terkini Kluster Selamat dikesan di Semporna, Sabah

Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 91 kes adalah penularan tempatan, terdiri daripada 68 warganegara Malaysia dan 23 bukan warganegara.

Daripada 91 kes penularan tempatan, 76 kes dari Kluster Benteng, Kluster Pulau (4) dan Kluster Selamat (3) di Sabah.

Beliau juga memaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah 129 kes.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 14 kes telah pulih Covid-19 pada Jumaat dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 9,264 kes.

"Sehingga kini, terdapat terdapat 11 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana dua kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Sabah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Harga petrol, diesel turun

Artikel Lain